Search This Blog

My Self My Own Product

Monday 20 February 2012

Diari Lagi

Sedar atau x dah dekat 27 tahun umur aku. Begitu cepat masa beredar dan berlalu pergi. 5 tahun dulu aku hanyalah seorang yang tidak tahu ke mana hala tuju masa depan aku sendiri. Hanya bekerja mencari rezeki untuk menyara keperluan sendiri, hanya berpendapatan separuh dari 1k. Pendapatan x seberapa tetapi cukuplah sekadar untuk menyuap nasi ke mulut sendiri yela dok kg mkan tido msih dgn mak ayah.. save smpi bleh kluar muka beli wave 100 kaler putih.. lama jugak la keje mcm tu.

Masa tu Kawan2 yg lain ada yang da ber-kerjaya yang bagos smpi ade yang bergaji berkali ganda daripada ape yang aku dapat sebulan. ade yang dah kawin ada jga yang dah ade anak. mase tuh aku rase kerdil sgt. rakan2 sebaya masing2 dah berjaya. tp mse tuh perkara mcm tu aku buat2 xtau je buat2 x endah. cuma pikir gaji yg dapat bulan2 tu cukup tuk diri sndri.

xlama lpas tuh seuatu perkara terjadi pada aku, aku diberhentikan kerana tokeh kedai dah x mampu tuk menggajikan aku. sbulan jgk la aku menganggur. naseb mse dibrhntikan keje tu aku dah settle abis bayar duit moto fuhhh lega. lpas sebulan aku xde kje aku mula terpikir yang smpi bila aku nk mcm tu. saat tu aku mula berfikir tuk naikkan lagi taraf hidup aku. aku amek keputusan tuk cuba nasib kt bandar besar (JB). kata org kt bndr besar ni lagi besar dugaan. yela fobia penah skali beberapa tahun sblm tu nk mncuba nasib bekerja kt JB tp cma bertahan smggu je pastu blik kje kt kg smula.

kali ni aku dah x kisah pasal citer dulu2 sebab mse tuh aku msih mentah, x knal erti dugaan. sampilah aku kt Gelang Patah bekerja kt kilang tmpat along aku keje. gji yg kilang offer x la tggi mne tp boleh la nk tampung dri sndri. aku hidup menumpang kt umah along. selama stahun la aku tumpang umah dia. xlama lpas tu aku berpindah pula ke BBU duduk menyewa dgn kwn2 sekampung tp masih lg bekerja kt kilang tu. tiap2 hari berulang-alik dr umh sewa ke tmpt keje. perjalanan amik masa kira2 20 ke 25 minit sehala. dari kuar umah kul 7 pagi  smppi umah lbih kurang dkat kul 9 mlm. huh mmg pnat tp nk bt cmne kata org kena la bersusah-susah dulu kalau nak senang kendian hari.

aku buat tu smua sebab nak berjaya mcm kwn2 yg lain.ada masa depan sendiri sb tuh x kisah sgt pnat cmne pun hari2 kluar umah pagi2 buta blik dah nk smpi waktu tido. dlm mse aku bekerja disana aku berkenalan dengan seorang rakan yang ada amek part-time diploma. dia perkenalkan aku dgn program diploma tuh. aku tanpa pikir panjang aku trus berminat tuk smbg blajar. Alhamdulillah aku dpat join program tuh. mgkin rezeki aku dah smpi dalam waktu aku belajar tuh aku diterima bekerja sebagai seorang penjawat awam. Alhamdulillah berkat doa family, dorongan rakan2 dan berkat usaha aku smpi ke tahap mcm ni. Syukur sb usaha aku selama ni berbaloi. memang benar lah kata org berhijrah itu satu kebaikan.mungkin inilah ape yg dimaksudkan itu.

kini aku masih lagi mengikuti program diploma ni dan dalam masa yang sama aku sebagai seorang penjawat awam. dan juga kini sedang bahagia dengan seorang yang aku sayangi dan cintai. aku mengenali seorang gadis yang sangat memahami diri seorang yang bernama AHMAD RAZALI ini. dah smpi masanya untuk aku menjadi khalifah untuk sebuah keluarga InsyaAllah (dalam masa terdekat ni). semua ini menjadi dorongan untuk aku lebih berusaha dan semua ini aku tak nafikan segala rezeki yang aku ade sekarang ini datang dari ALLAH. Syukur dengan ape yang telah dikurniakan-Nya. aku berharap masa depan aku akan lebih cerah dan aku xkan berhenti untuk berusaha mendapatkan masa depan yang terbaik untuk membahagiakan family dan yang terpenting sekali "Cahaya Ketakwaan".

kata orang:
USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN
memang tidak dinafikan lagi..

No comments:

Post a Comment