Search This Blog

My Self My Own Product

Monday, 20 February 2012

Diari Lagi

Sedar atau x dah dekat 27 tahun umur aku. Begitu cepat masa beredar dan berlalu pergi. 5 tahun dulu aku hanyalah seorang yang tidak tahu ke mana hala tuju masa depan aku sendiri. Hanya bekerja mencari rezeki untuk menyara keperluan sendiri, hanya berpendapatan separuh dari 1k. Pendapatan x seberapa tetapi cukuplah sekadar untuk menyuap nasi ke mulut sendiri yela dok kg mkan tido msih dgn mak ayah.. save smpi bleh kluar muka beli wave 100 kaler putih.. lama jugak la keje mcm tu.

Masa tu Kawan2 yg lain ada yang da ber-kerjaya yang bagos smpi ade yang bergaji berkali ganda daripada ape yang aku dapat sebulan. ade yang dah kawin ada jga yang dah ade anak. mase tuh aku rase kerdil sgt. rakan2 sebaya masing2 dah berjaya. tp mse tuh perkara mcm tu aku buat2 xtau je buat2 x endah. cuma pikir gaji yg dapat bulan2 tu cukup tuk diri sndri.

xlama lpas tuh seuatu perkara terjadi pada aku, aku diberhentikan kerana tokeh kedai dah x mampu tuk menggajikan aku. sbulan jgk la aku menganggur. naseb mse dibrhntikan keje tu aku dah settle abis bayar duit moto fuhhh lega. lpas sebulan aku xde kje aku mula terpikir yang smpi bila aku nk mcm tu. saat tu aku mula berfikir tuk naikkan lagi taraf hidup aku. aku amek keputusan tuk cuba nasib kt bandar besar (JB). kata org kt bndr besar ni lagi besar dugaan. yela fobia penah skali beberapa tahun sblm tu nk mncuba nasib bekerja kt JB tp cma bertahan smggu je pastu blik kje kt kg smula.

kali ni aku dah x kisah pasal citer dulu2 sebab mse tuh aku msih mentah, x knal erti dugaan. sampilah aku kt Gelang Patah bekerja kt kilang tmpat along aku keje. gji yg kilang offer x la tggi mne tp boleh la nk tampung dri sndri. aku hidup menumpang kt umah along. selama stahun la aku tumpang umah dia. xlama lpas tu aku berpindah pula ke BBU duduk menyewa dgn kwn2 sekampung tp masih lg bekerja kt kilang tu. tiap2 hari berulang-alik dr umh sewa ke tmpt keje. perjalanan amik masa kira2 20 ke 25 minit sehala. dari kuar umah kul 7 pagi  smppi umah lbih kurang dkat kul 9 mlm. huh mmg pnat tp nk bt cmne kata org kena la bersusah-susah dulu kalau nak senang kendian hari.

aku buat tu smua sebab nak berjaya mcm kwn2 yg lain.ada masa depan sendiri sb tuh x kisah sgt pnat cmne pun hari2 kluar umah pagi2 buta blik dah nk smpi waktu tido. dlm mse aku bekerja disana aku berkenalan dengan seorang rakan yang ada amek part-time diploma. dia perkenalkan aku dgn program diploma tuh. aku tanpa pikir panjang aku trus berminat tuk smbg blajar. Alhamdulillah aku dpat join program tuh. mgkin rezeki aku dah smpi dalam waktu aku belajar tuh aku diterima bekerja sebagai seorang penjawat awam. Alhamdulillah berkat doa family, dorongan rakan2 dan berkat usaha aku smpi ke tahap mcm ni. Syukur sb usaha aku selama ni berbaloi. memang benar lah kata org berhijrah itu satu kebaikan.mungkin inilah ape yg dimaksudkan itu.

kini aku masih lagi mengikuti program diploma ni dan dalam masa yang sama aku sebagai seorang penjawat awam. dan juga kini sedang bahagia dengan seorang yang aku sayangi dan cintai. aku mengenali seorang gadis yang sangat memahami diri seorang yang bernama AHMAD RAZALI ini. dah smpi masanya untuk aku menjadi khalifah untuk sebuah keluarga InsyaAllah (dalam masa terdekat ni). semua ini menjadi dorongan untuk aku lebih berusaha dan semua ini aku tak nafikan segala rezeki yang aku ade sekarang ini datang dari ALLAH. Syukur dengan ape yang telah dikurniakan-Nya. aku berharap masa depan aku akan lebih cerah dan aku xkan berhenti untuk berusaha mendapatkan masa depan yang terbaik untuk membahagiakan family dan yang terpenting sekali "Cahaya Ketakwaan".

kata orang:
USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN
memang tidak dinafikan lagi..

Sunday, 19 February 2012

memory the truth


semoga Hubungan ini kekal selamanya..
yang terbaik buatku adalah dirimu..

Thursday, 16 February 2012

diari hari ini

dulu ni lah tempat aku luahkan ape yang aku rasa waktu aku sunyi dan xtau nk bt ape serta tak sibuk sgt dgn ape2. tak lama lepas tu aku tinggalkan sekejap tmpat ni kerana perlu utk melakukan tugas hakiki dan 'tanggungjawab'. mungkin hari ini aku rasa mcm tergerak nk tulis kt tmpt ni lagi. ntah la aku heran dgn diri aku ni. hihihihi aku terasa mcm seronok untuk kembali ke tmpt ni untuk ape2 je yang aku rase nak tulis dalam tmpt ni.

kadang2 kita akan rasa sesuatu yg xdpt kita luahkan dlm bentuk ayat.tp kita pasti akan luahkan dlm bentuk emosi, gerakan badan, mimik muka, dan yang sewaktu dengannya. bagi aku ape pun cara yang kita guna xsemestinya bole memuaskan hati setiap org. klu ade yg memahami, itu la seseorang yg bole dianggap sebagai teman yg baik dan mengambil berat.

Bercakap psal teman ni,, adakah teman itu bole memahami dirinya dan diri org lain dengan baik? terpulang la pada diri masing2 mcm mne nk menilainye....kita akan terasa bahagia bila kita dapat mengenali seseorang yg seperti ni. bg aku, aku rase lebih baik dan rasa lebih lega. dapat seseorng yg sudi berkongsi ape saje yg ade tak kisah la suka duka atau ape pun. yang penting sama2 dapat merasai yang baik dan dapat sama meluahkan bila keadaan hiba.

sekarang aku rasa lebih yakin nak teruskan hidup sebab ada yang menyokong dari belakang. selain keluarga, teman ini banyak memberi dorongan yg x prnh kurang. terima kasih.......harap ianya berkekalan dan xkan pernah ada masalah. moga sentiasa kekal begini hendaknya.

TEMAN YANG BAIK ADALAH TEMAN YANG SENTIASA ADA... SAMA ADA DI WAKTU SUSAH ATAUPUN SENANG.

thanks for everything 'teman'  thanks For U "'CAHAYA KETAKWAAN'" :)